PEMBANGUNAN INSAN
Solat Pada Waktunya!
Pembentukan budaya ‘Solat Pada Waktunya’ dalam setiap aktiviti sekolah.
Pihak sekolah akan menyediakan waktu tertentu untuk pelajar menunaikan solat walaupun di padang futsal!
Main, main juga. Solat jangan dilupa!

Solat berjemaah selepas pertandingan.

Main, main juga. Solat kena jaga!
Pembangunan Insan di SRITI Al-Furqan adalah bercorak asas dan bermatlamatkan perkembangan diri pelajar secara menyeluruh dan seimbang yang meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani,emosi, akhlak,sosial, nilai dan bakat.
Pada tahap ini, proses Pembangunan Insan memberi penekanan yang lebih kepada kefahaman asas aqidah Islam : kemahiran asas bertadarus, membaca, menulis, mengira dan berfikir : LATIHAN PRAKTIKAL PENGHAYATAN SYARIAH dan AKHLAK ISLAM: PERKEMBANGAN BAKAT, MINAT dan DAYA KREATIF dalam bidang tertentu.
Adab Makan.
Pembentukan amalan ‘makan dalam talam’ dapat mendidik anak-anak menghargai setiap makanan yang dihidangkan. Ingat rakan sebelah dan tidak membazir.

Adab Makan (Perempuan)

Makan Sampai Habis. Jangan Membazir.
Amalan Bersih & Kemas.
Murid-murid bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Semoga amalan ini dapat dipraktikkan di rumah masing-masing.

Budaya Bersih & Kemas

Budaya Bersih & Kemas
Sukan Untuk Ukhuwwah
Murid-murid digalakkan aktif dalam acara sukan dan menjadikannya medium sihat cergas dan untuk bersosial serta merapatkan ukhuwwah.

Sukan Untuk Ukhuwwah

Sukan Untuk Ukhuwwah
Budaya Beratur
Murid-murid digalakkan berdisiplin tinggi. antaranya adalah dengan budaya beratur sebelum menaiki kenderaan atau sebelum balik sekolah.

Budaya Sabar & Disiplin
Kokurikulum
PERINGKAT PENGLIBATAN
SEKOLAH
3 Rumah Sukan
Acara Sukan, Acara Ilmiah
NEGERI
10 Buah SRITI Negeri Kelantan
Acara Sukan, Acara Ilmiah
KEBANGSAAN
Lebih 140 Buah SRITI Seluruh Negeri
Acara Sukan, Acara Ilmiah