TENTANG SRITI

Pengenalan

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Al-Furqan atau ringkasnya SRITI merupakan institusi pendidikan Islam peringkat rendah yang menyediakan pendidikan bersepadu menggabungkan empat kurikulum utama iaitu Pra Tahfiz, Akademik, KAFA dan KAFFAH.
Penubuhan SRITI tidak bermatlamatkan keuntungan semata-mata, tetapi sebagai satu khidmat kepada masyarakat Islam bagi meneruskan agenda mengembangkan penghayatan Islam khususnya di bidang pendidikan Islam bagi anak-anak Islam.

Pendaftaran SRITI Malaysia

SRITI didaftarkan melalui Pertubuhan SRITI Malaysia di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 29 Mac 2016 dengan no. pendaftaran; PPM-027-10-29032016.

Sehingga tahun 2020, terdapat 146 buah SRITI di seluruh Malaysia.

VISI

Melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani dan Murabbi.

MISI

Memberikan pendidikan peringkat rendah berasaskan kurikulum integrasi meliputi tahfiz, fardhu ain dan fardhu kifayah melalui persekitaran yang kondusif.

MOTO

‘Membina Generasi Rabbani Murabbi’

OBJEKTIF

Pendidikan Berteraskan Islam

Menawarkan pakej pendidikan berteraskan Islam di peringkat sekolah rendah kepada anak-anak rakyat di Malaysia.

Pendidikan Bersepadu

Menyediakan pendidikan bersepadu sebagai kesinambungan daripada institusi prasekolah.

Generasi Islam
Yang Memahami Islam

Mendidik generasi Islam bagi melahirkan insan yang beriman, berakhlak dan berilmu serta memahami Islam sebagai agama yang lengkap dan syumul.

Generasi
Pemimpin Islam

Melahirkankan generasi muda Islam sebagai petugas dan pemimpin umat Islam akan datang.

Rangkaian SRITI
Seluruh Malaysia

Sila klik nama sekolah atau negeri untuk maklumat lanjut.

Scroll to Top